Kamis, 24 September 2015

Komunikasi lisan dan bukan lisan

Komunikasi lisan
Komunikasi lisan merupakan proses komunikasi yang menggunakan percakapan untuk menyampaikan maklumat kepada penerima.
Komunikasi bukan lisan
Komunikasi bukan lisan merupakan komunikasi yang tidak menggunakan percakapan.Komunikasi bukan lisan terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku dan unsur fizikal.Tingkah laku adalah seperti pergerakan badan dan intonasi.Komunikasi bukan lisan berunsur bukan fizikal terdiri daripada reka bentuk bangunan, kelengkapan dan perhiasan pejabat.
Kebaikan komunikasi lisan.
  1. Mesej boleh melalui saluran komunikasi dengan cepat dan sampai kepada penerima.
  2. Maklum balas boleh diperoleh dengan cepat.
  3. Komunikasi lisan kebanyakkannya secara tidak formal dan kejujuran dapat dirasakan.
Keburukan komunikasi lisan
  1. Penghantar tidak pandai berkomunikasi dengan baik mungkin tidak dapat menyampaikan mesej dengan sempurna.
  2. Tiada rekod simpanan kekal kerana berbentuk tidak nyata seperti bercakap.
  3. Lebih senang untuk menyampaikan mesej kerana komunikasi lisan melibatkan bersemuka dan boleh bersoal jawab pada masa yang sama.
Kebaikan komunikasi bukan lisan
  1. Mesej boleh disesuaikan dengan bakal penerima
  2. Dalam bentuk rekod tetap dan boleh disimpan lama.
  3. Tiada had penerima maklumat seperti akhbar.
Keburukkan komunikasi bukan lisan
  1. Penghantar tidak mempunyai kawalan terhadap mesej yang dihantar dan tidak boleh menentukan pembacanya.
  2. Maklum balas tidak diterima dengan segera.
  3. Kemungkinan penerima hanya memahami sebahagian mesej yang diterima.

Secara lisan
 1.    Menggunakan kemahiran bukan lisan(badan bahasa)
2.    Mengamalkan kemahiran mendengar @ mempunyai niat untuk menjalankan proses komunikasi
3.    Ada maklum balas
4.    Penerangan yang jelas
5.    Menyampaikan mesej secara lisan dengan nada bersesuaian
6.    Mempunyai keyakinan diri semasa memberi ucapan @ pembentangan
7.    Mengunakan bantuan teknologi
8.    Menghormati pandangan orang lain dan merangsang perbincangan
9.    Menggunakan bahasa yang sesuai
10.  Menghormati perbezaan agama dan budaya
11.  Mendapat bantuan daripada pihak tertentu untuk meningkatkan kemahiran komunikasi.
        Contohnya : Kaunselor
12.  Mesej yang ingin disampaikan itu haruslah diminat oleh pendengar
13.  Mesej yang ingin disampaikan itu haruslah mempunyai kebenaran
14.  Dapat menarik perhatian pendengar
15.  Latihan
16.  Persediaan awal dibuat
17.  Memberi perhatian kepada semua pendengar
18.  Sentiasa mesra terhadap setiap pendenar
19.  Proses komunikasi yang betul(permulaan, pentengahan dan penutup)
Secara bukan lisan
1.    Ayat ditulis dengan teratur, lancar, jelas dan bersesuaian
2.    Rumusan yang berkualiti disediakan
3.    Tulisan kemas
4.    Menggunakan dakwat pen yang mudah dilihat seperti hitam @ biru

3 komentar: